Round 2 - TMJ Vs Nazri

on Wednesday, July 1, 2015



#ISU melibatkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz yang sudahpun reda, dilihat kembali marak hari ini.

#Dalam satu temu bual eksklusif baginda bersama portal Malaysiakini, TMJ menolak satu kenyataan yang pernah dikeluarkan Nazri bahawa masyarakat menyukai beliau kerana beliau persis bintang Hollywood – memiliki kekayaan, kekuasaan dan kacak!

#Ujar TMJ seperti disiarkan Malaysiakini, “Saya ada baca kenyataan dia bahawa “orang ramai suka saya kerana saya seperti bintang Hollywood, kaya, berkuasa, kacak”.

#“Kaya, ya. Berkuasa, mungkin. Kacak, tidak. Kamu boleh tulis begitu, saya tidak kisah.

#“Semua ini tunjukkan betapa sombongnya kamu. Tong kosong memang bunyi bising. Itu pesan Ayahanda saya.”

#Lanjutan daripada kenyataan TMJ, Nazri kemudiannya membalas dengan berkata bahawa beliau gembira dengan komen yang diluahkan TMJ itu.

#“Pertama sekali saya gembira beliau berkata demikian. Jika tidak, saya terpaksa mempersoalkan seksualitinya.


“Jika seorang lelaki kata lelaki lain kacak, maka kita perlu mempersoalkan seksualitinya, saya tidak mahu mempersoalkan seksualitinya.”

Dalam kenyataan sama, Nazri turut yakin bahawa tak semua rakyat Johor kecewa dengan kritikan yang dilontarkannya kepada TMJ.
“Saya tahu ramai rakyat Johor yang tidak berkongsi sentimen yang sama,” katanya. – MYNEWSHUB.CC
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Cerita Sensasi Setiap Hari All Rights Reserved