Datin Seri Rosmah Mansur

on Monday, July 6, 2015

Yang Amat Berbahagia, Datin Paduka Seri Hajjah Rosmah binti Mansor ialah isteri kepada Perdana Menteri Malaysia yang keenam iaitu Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak. Beliau dilahirkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 10 Disember 1951. Selain itu, beliau juga merupakan bekas Canselor Universiti Selangor(UNISEL).

Pendidikan
Rosmah mendapat pendidikan menengah di Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan. Selain itu beliau juga aktif dalam aktiviti sukan seperti badminton, hoki dan bola jaring. Beliau juga sukakan hiburan dan selalu mengambil bahagian dalam nyanyian, tarian dan lakonan semasa di sekolah.

Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, di mana beliau mendapat ijazah dalam bidang antropologi dan sosiologi. Selepas menamatkan ijazah, beliau menyertai Bank Pertanian Malaysia sebagai eksekutif pada tahun 1975. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke Universiti Negeri Lousiana, Amerika Syarikat, dan berjaya mendapat Sarjana Sains dalam sosiologi dan pertanian.

Selepas kembali ke Malaysia pada tahun 1983, beliau menyertai syarikat Island and Peninsular Berhad sebagai Pengurus Pembangunan Perniagaan.

Keluarga
Beliau merupakan isteri kedua Najib. Hasil perkahwinan tersebut, mereka mempunyai dua orang anak, Norashman dan Nooryana Narjawa. Beliau mempunyai seorang anak Azrene Soraya hasil daripada perkahwinan beliau yang pertama dengan Abdul Aziz, berasal dari Perak[1] Ibu beliau berasal dari Kampung Mertang, Seri Menanti, Negeri Sembilan.

Khidmat sosial

  • Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti)
  • Penaung Yayasan Harapan Kanak-kanak Malaysia
  • Presiden Persatuan Pandu Puteri Malaysia
  • Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM)
  • Persatuan Warga Cinta Negara Malaysia (PENCINTA)
  • Persatuan Thalasemia Malaysia
  • Pengerusi Jawatankuasa Kerja Permata Negara.


Anugerah
Datin Seri Paduka Rosmah Mansur telah banyak menerima pelbagai anugerah dan pingat jasa dari pelbagai pihak dari dalam dan luar negara, salah satunya adalah Anugerah Keamanan dan Keharmonian Antarabangsa daripada Majlis Perniagaan bagi Persefahaman Antarabangsa (BCIU) Amerika Syarikat pada 17 April 2010. Anugerah disampaikan oleh bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat Lawrence Eagleburger di St. Regis Hotel.

Pada 11 Februari 2012, Datin Seri Paduka Rosmah Mansur telah dianugerahi Ijazah Doktor Kehormat Persuratan daripada Universiti Curtin, Australia sebagai mengiktiraf daya usahanya dalam pembangunan pendidikan terutama pendidikan awal kanak-kanak menerusi program Permata Negara. Canselor Universiti Curtin, Dr Jim Gill menyampaikan ijazah doktor kehormat itu kepada Rosmah pada majlis konvokesyen universiti itu di Perth.

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia Datuk Salman Ahmad serta Konsul Jeneral Malaysia di Perth Hamidah Ashari. Pada majlis itu, lebih 500 graduan universiti itu, termasuk beberapa pelajar Malaysia, turut menerima ijazah masing-masing.

Selain itu, beliau turut juga dinobatkan sebagai Tokoh Industri Sukan Negara 2012 pada Majlis Anugerah Industri Sukan Negara. Anugerah yang julung kali diperkenalkan itu disampaikan oleh Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee pada satu majlis makan malam di Menara Kuala Lumpur. Rosmah, yang juga penaung bagi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), merasmikan majlis tersebut.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Cerita Sensasi Setiap Hari All Rights Reserved